PAC

PAC = PTD Assessment Center.. Peringkat kedua untuk tapisan untuk memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir & Diplomatik.. kerja gomen.. Peringkat pertama arituh diorang buat exam bulan 2 arituh.. aku dua kali amik exam.. 1st try last year - failed.. 2nd try this year lah.. alhamdulillah lepas exam so dipanggil ke PAC.. daripada apa yg diorang khabarkan.. berpuluh ribu orang apply nk masuk PTD.. drpd berpuluh ribu tu hanya 16,000 dipanggil utk exam.. out of 16,000 yg dipanggil exam hanya lebih kurang 2200 jer yg dipanggil ke PAC ni.. daripada 2200 yg hadir PAC, diorang akan panggil lebih kurang 800-900 orang utk hadiri interview - tapisan peringkat 3.. hanya lebih kurang 350 orang sahaja yg akan diambil selepas interview utk lantikan ke jawatan Pegawai PTD.. so, as of now.. my chances are 1 in 2200.. giler.. harap2 berjaya..   

            so apa xtvt di PAC nih? macam2 ada.. 3hari punya xtvt.. jumaat to ahad.. jumaat pagi registration.. lepas solat ada taklimat.. pastu rehat.. malam xtvt pertama bermula iaitu penyelesaian masalah / problem solving.. ni cam IQ test laa but in groups.. dua sesi - 1 dlm BM, 1 in English..

            hari kedua.. pagi ada xtvt kajian kes / case study.. sama gak still in groups but bertukar ahli and buat dlm 2 sesi gak BM & English.. lepas lunch ada sesi pengucapan awam.. petang lepas tea time ada fitness test.. fitness test ni kena lari lebih kurang 2.4km dn diorang akan catat masa yg diambil oleh para peserta.. aku hadir PAC ni kat Intan Wilayah Tengah (Intengah) kat Jln Elmu, PJ sebelah UM.. kawasan bukit tuh.. 2.4km ni kena buat 2 round kawasan Intengah.. alhamdulillah aku berjaya tamatkan dalam tempoh 10min.. so harap2 markah utk fitness tinggi utk cover balik xtvt lain yg aku tak tau score ke tak.. hehehhehe.. ok lepas lari.. kitorang berehat utk solat maghrib dn pada sebelah malam ada public speaking plak.. petang tadi BM, so malam English plak..

            hari ke3 dn terakhir.. ada satu jer xtvt.. Debat Ala Parlimen.. topiknyer ialah Subsidi Kerajaan Perlu Dikekalkan.. aku masuk team pembangkang - minta hapuskan subsidi nih.. mmg hangat.. siap tepuk2 meja lagi.. harharhar.. lepas abis xtvt ada minum pagi dn selepas tu taklimat terakhir - pengenalan kepada PTD.. taklimat ni nk bagi overview ttg PTD supaya para peserta dapat gambaran awal camana kerja / tugas2 pegawai PTD ni.. gaji biasa laa.. ikut standard gomen.. diorang memberi ingatan bahawa kalau ingat masuk PTD nk kumpul duit, henti jer laa.. pasal ni kerja gomen dn tujuan utama gomen adalah memberikan perkhidmatan berbanding swasta yg bertujuan mencari keuntungan..

            jadi apa yg diorang nilaikan di PAC nih? diorang mmg tak bgtau apa yg diorang akan nilaikan.. tetapi secara logiknyer diorang nk tgk tingkah laku peserta sama ada peserta mempunyai perwatakan & penampilan seorang pegawai PTD.. mempunyai kebolehan2 menyelesaikan masalah, kepimpinan, bekerja secara kumpulan, mengikut arahan2 yg diberikan dsbnya.. tapi takder saper tau apa yg dinilaikan kerana diorang akan ambil markah keseluruhan.. tak tau laa.. but hopefully aku lepas..

            so itulah yg berlaku pada weekend yg lepas.. dn mungkin jugak penangan larian 2.4km di kawasan berbukit dlm tempoh 10min menyebabkan aku demam pada hari ahad malam sampai isnin.. but now im getting better.. dh jumpa doktor amik ubat suma dh.. so kalau lepas PAC ni aku kena rajin bersukan / bersenam nk tingkatkan stamina.. pasal kalau masuk PTD nnt wajib amik DPA - Diploma Pentadbiran Awam kat INTAN.. dlm DPA ni ada modul xtvt bersukan seperti berkayak, berlari.. ada gak latihan tentera, polis & bomba.. ni bukan kes macam2 ada.. ni dah kira suma ada..

            so.. keputusan PAC akan diketahui paling awal bulan 5 or paling lewat awal bulan 6 psl interview akan bermula 6 jun.. so semestinya jawapan diterima sebelum 6 jun.. kalau lepas 6 jun takder berita, anggap jer tak berjaya.. leh cuba lain kali kalau nk.. hehehhehe..

            anyway.. i’ve done my best and now is the time for wait & hope.. :)

6 Responses to “PAC”

  1. Riduan Says:

    good luck bro…harap2 lepas…insya Allah

  2. KingKaFaN Says:

    ingat aa projek kita … ko siapkan borang utk aku amik PR kat luar negara nanti .. :)

  3. Aznirul Says:

    hehehhe.. doakan aku lepas PAC ni ngan interview nnt.. :)

  4. ReEN Says:

    hehehe…all the best az…aku mmg dah berpatah arang dah keje ngan gomen ni for the reason u know why already kot….

    tapi time aku xde la sampai ade debat2….last pon public speaking jek….pastu dorang soh bawak baju sukan tapi xde bersukan pon…hampess memberatkan beg aku jek bawak kasut….

  5. Aznirul Says:

    cehh.. pernah pergi tapi tak kasik tau pon.. takder pon nk kasik tips ka apa ka.. nasib laa aku ada auntie yg kerja kat INTAN.. ada gak maklumat dalaman sket..

  6. Tips PTD Says:

    maklumat ini mungkin agak lama tapi ianya masih membantu mereka yang menunggu untuk PAC 2009. untuk PAC skrg ianya sudah menjadi prePAC yang mana evaluation hanya 1 hari berbanding 3 hari sebelum ini, tapi masih dalam proses penilaian. kemungkinan besar akan kembali kepada 3 hari.

    http://tipsptd.com/blog/

Leave a Reply