Last Day @ Mindef
hari ni merupakan hari terakhir aku di mindef.. esok dan lusa aku bercuti dan pada hari isnin 15 januari 2007, maka aku akan melaporkan diri ke INTAN Bkt Kiara utk Kursus DPA..
aku berada di mindef utk satu tempoh yg singkat - 5 bulan setengah jer - tapi cukup memberikan aku satu pengalaman dan suasana yg menyeronokkan.. working environment is fun.. the bosses are great.. and even the staffs are all great.. so, on this last day, aku ada laa jugak merasa sedikit sayu hehehhe..
bukan apa.. walaupun surat JPA menyatakan aku akan kembali ke kementerian skrg, 6 bulan merupakan satu tempoh yg panjang.. mmg ada beberapa kes pegawai lepas DPA ditukarkan dari kementerian asal.. itu semua bergantung kpd arahan JPA dan akan menggunakan alasan demi kepentingan perkhidmatan.. so, masih ada kebarangkalian utk aku tak kembali ke mindef.. dan walaupun aku kembali, masih ada kebarangkalian yg aku akan ditukarkan ke bahagian lain.. kalau aku diberi peluang, aku ingin kembali ke tempat sekarang, di CKA sbg PSU (KA) 3.. tapi kalau aku diarahkan ke tempat lain, maka aku terpaksa laa menurut perintah..
hari ni rezeki aku murah.. banyak makan free.. alhamdulillah syukur sangat2.. pagi2 ada member call cakap dia ada belikan nasi lemak.. dia belanja laa tu.. pastuh dalam kol 9 lebih, CKA ada buat jamuan ringan sempena tahun baru tapi since aku last day my boss ucapkan jugak selamat berkursus utk aku.. pastuh tengah hari, my staffs plak belanja makan.. diorang mmg dah booking awal dah.. dari bulan lepas lagi.. for dinner, aku dibelanja makan kat secret recipe metro prima.. terima kasih kepada semua.. terima kasih yg tidak terhingga
staf aku dok mintak aku balik jawatan sekrg.. dan aku pon harap kalau aku balik tempat skrg, my current staffs will be there.. tapi tadi aku dapat tau kemungkinan sorang dari staf aku akan perlu ditukarkan keluar.. ini kerana nama dia antara nama2 yg dijangkakan lulus temuduga kenaikan pangkat tempoh hari.. senarai nama skrg ni diperingkat akhir, sebelum di bawa ke pengurusan tertinggi utk kelulusan.. dalam kes macam ni, aku tumpang berdoa supaya nama dia termasuk dalam senarai yg diluluskan.. dia mmg senior staf bawah aku, and among senior staf kat CKA.. kerja dia mmg memuaskan hati aku.. dan dia juga menjadi tempat rujukan staf aku yg lain kalau mereka tak faham.. jadi aku rasa her promotion is long overdue..
setinggi - tinggi terima kasih kepada semua kakitangan BPSM, terutama kakitangan CKA, Tuan TSUB(K) dan Puan SUB atas segala kerjasama dan khidmat nasihat sepanjang 5 bulan tempoh perkhidmatan saya di sana.. Insya Allah, kita akan bertemu kembali 6 bulan dari sekarang..
klik sini utk gambar2..
January 11th, 2007 at 6:53 pm
mak ai sayu je bunyinya.. aku pun sama la ngan ko, arini last day kt kklw.. rasa cam x nak tinggalkan je tempat aku ni.. brita gumbira, xde pegawai baru akan masuk ganti post aku skrg.. tp possibility nk ke bhgn len tu tetap ada.. hopefully dpt kembali ke tempat asal.. c u at DPA bro..
January 13th, 2007 at 5:42 am
selamat maju jaya untuk warga gomen .