Hari Batik SeMalaysia
Dalam usaha menyokong perkembangan dan pembangunan industri batik negara yang merupakan warisan dan identiti negara, Kerajaan telah memutuskan supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam iaitu pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis. (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008, bertarikh 15 Januari 2008)
lanjutan dari itu.. marilah kita bersama-sama membangunkan industri batik negara.. kita bagi peluang kepada peniaga batik kecilan dengan membeli batik daripada mereka.. bukan tidak mahu sokong peniaga besar, tetapi inilah peluang kepada peniaga batik kecilan untuk memajukan perniagaan mereka.. pada masa yang sama, kita berharap pengusaha dan peniaga batik tidak mengambil kesempatan dengan arahan kerajaan ini dengan menaikkan harga batik..
bersama-sama kita membangunkan industri batik negara
February 3rd, 2008 at 1:19 am
aku pakai baju kurung pi keja pon sepanjang ari org tegur, kalu siap ngan batik mcm mane la gamaknya hehehhehe