Setahun yang lalu..

setahun yang lalu, pada hari ini 15 januari.. aku telah menghadirkan diri ke INTAN Bukit Kiara untuk pendaftaran Kursus DPA Bil. 1/2007. hadir sama adalah rakan2 seperjuangan iaitu para PTD lantikan 1/2006 seramai lebih 370 orang..

perasaan pada hari itu adalah bercampur-baur.. gembira kerana dapat berjumpa kembali ramai rakan2.. tetapi perasaan risau juga turut ada.. aku percaya rakan2 yg lain turut mempunyai perasaan yg sama.. kenapa? kerana pada masa itu kami tidak mengetahui apakah yg akan kami tempuhi untuk tempoh 6 bulan selepas itu.. kami mengetahui serba sedikit ttg apa yg akan berlaku daripada para seniors kami.. namun, walau aktiviti yg sama dilalui, setiap orang akan menghadapinya dengan cara sendiri dan akan merasai pengalaman yg berlainan di antara satu sama lain..

terus terang.. selepas mengharungi satu demi satu modul2 kursus.. aku berasa seronok.. mmg ada ketikanya perasaan marah or bengang itu timbul, namun secara keseluruhannya aku berasa gembira.. dan aku turut berasa sedih pada hari terakhir kursus iaitu pada hari jumaat, 6 julai 2007.. sedih kerana akan berpisah dengan rakan.. sedih kerana tidak akan ada lagi peluang untuk melakukan aktiviti beramai-ramai seperti di DPA.. namun aku percaya, hubungan akrab yg wujud semasa DPA ini akan terus kekal selamanya, insya Allah.. dan pada aku, pengalaman sepanjang Kursus DPA 1/2007 ini sememangnya adalah pengalaman terbaik dalam hidup aku.. and i will always cherish those moments in DPA.. HAPPY ANNIVERSARY DPA 1/2007!!!

dengan kenangan DPA bermain difikiran.. antara aktiviti yg aku rindui semasa DPA adalah aktiviti bersukan.. setiap selasa petang, khamis pagi dan sabtu pagi adalah waktu wajib bersukan.. dan waktu petang-petang lain akan ada juga aktiviti bersukan.. tapi kini.. bila dah start kerja balik.. nak bersukan waktu petang lepas kerja mmg susah.. kalau dulu jam 5.30 aku dah boleh balik ke rumah.. tapi sejak kebelakangan ini, jam 6.00 ptg pon masih di pejabat..

aku bukan nk komplen banyak kerja.. tapi aku masih mencari waktu utk bersukan.. so skrg, insya Allah setiap sabtu pagi aku gi main tenis kat kompleks sukan msn kat keramat.. and aku terfikir gak, kalau waktu petang lepas kerja takleh sukan, apa kata bersukan waktu malam jer.. anyone?

2 Responses to “Setahun yang lalu..”

  1. Amir Suhaizi Says:

    come on la bersukan mlm? nak maen apa? badminton? ping pong? futsal? tapi kalah bayar la

  2. Aznirul Fariz Says:

    ceh.. lu masih hutang gue waffle ice-cream :p

Leave a Reply