London

aku bercuti panjang ke london dari 3 februari hingga 16 februari.. itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke luar malaysia.. walaupun aku belajar kat utm skudai selama 8 tahun.. aku tak pernah pon menjejakkan kaki ke singapore.. so, pada tanggal 16 januari 2008.. aku dengan rasminya telah mempunyai passport antarabangsa malaysia :D

tujuan bercuti adalah untuk melawat adik aku yg tgh buat final year kat sana.. dia study kat london school of commerce.. dia dah complete diploma kat sunway college so now utk dapatkan degree dia kena buat kat sana.. dia dah pegi bulan 10, 2008 lepas raya puasa arituh.. so now kitorang amik kesempatan utk gi lawat dia sambil jalan2 makan angin.. aku sekeluarga pergi.. mak, ayah, banglong, kak ipar and anak sedara kesayangan.. of course lah gi ngan mak ayah kan.. kalau tak saper nk sponsor tambang dan penginapan ;)

kitorang gi ngan singapore airlines.. kenapa pilih SIA dan bukan MAS? pasal SIA tambang dia lagi murah.. for 6 + 1 people SIA caj RM26k jer compare to MAS RM31k.. ada satu lagi flight yg caj RM21k jer.. kalau tak silap Qatar Airways kot.. tapi schedule dia tak best.. balik from london kena singgah indon dulu.. so kitorang pilih SIA jer..

so the flight was KL-Singapore-London; London-Singapore-KL.. kitorang bertolak hari ahad 3 feb.. flight 10.20pagi dari KL.. transit jap kat Singapore.. flight from singapore bertolak kol 12.50 tgh.. sampai london still hari ahad kol 7.00 mlm waktu london.. time tu masih musim sejuk.. so mmg sejuk laa kan..

my sis sampai airport lebih kurang 8 malam.. lepas kitorang dah amik beg and immigration clearance.. kitorang makan jap kat airport tu (roti jer..) and lepas tu terus bertolak ke rumah sewa yg my sis dah dapatkan.. kitorang sewa apartment kat stockwell.. just outskirt london..

travel mode guna train jer kat sana.. tapi masa sampai tu lepas naik train kitorang naik teksi.. pasal beg banyak and dah penat so tak larat nak tarik beg.. but lepas tu biler kuar jalan2 naik train jer.. underground.. best giler train system diorang.. mmg respect habis laa.. very efficient.. bukan nk kata malaysia tak bagus tapi kita mmg boleh belajar banyak dari diorang ni.. kalau laa malaysia, or at least KL, ada transport system macam kat london.. aku jamin ramai orang guna pengangkutan awam jer.. masa aku kat sana tu underground train dalam proses upgrade.. ada laa kelewatan sket2 tapi information pasal kerja2 yg berlangsung dan kelewatan mmg sentiasa dihebahkan.. tapi, train diorang still sampai pada waktu.. kalau info kata 2 minit.. mmg 2 minit laa sampai.. and sepanjang 14 hari aku kat sana.. average waiting time is 3 mins.. bagus kan?

itu baru train.. bas diorang pon efisien gak.. bas ada 2 tingkat ada yg bas panjang.. yg lebih panjang dari bas panjang kita.. jalanraya takder laa cam kat KL.. KL jalan raya siap upgrade jadik at least 4 lane (2 hala).. kat london.. kat tengah2 bandar tu jalan 2 lane jer.. tapi bas takder laa nmpk jem teruk cam kat KL.. of course time peak hours ada laa jem tapi rasanya masih tak seteruk KL..

satu lagi yg best pasal pengangkutan awam diorang ni ialah diorang guna satu sistem tiket.. pilihan tiket diorang mmg best.. kalau beli tiket harian adalah lebih mahal dari beli tiket utk tempoh panjang.. and the same ticket utk train boleh pakai utk bas.. macam kita nyer touch n go laa.. tapi lebih baik lagi.. and mmg diorang galakkan utk beli season tickets.. pasal tu kalau beli tiket harian kita rugi.. harga tiket ikut zone.. aku rasa KL pon ada buat ni harga tiket ikut zone.. kalau beli tiekt utk zone 1 jer means tiket tak laku utk ke zone lain.. so ada option utk beli tiket ikut zone mana nak pegi.. combination of zones.. best giler..

antara tempat2 yg kitorang gi lawat.. istana buckingham.. tower bridge.. chinatown.. hyde park.. oxford streets, madame tussaud dan lain2.. pasal cuaca tak panas cam malaysia so best laa jalan2 kat sana.. tak ler rasa penat and berpeluh.. sejuk dah mesti.. terutama kalau ada angin.. but most of the time cuaca mmg best laa.. time kitorang kuar jalan tak hujan.. angin jer.. jalan sepanjang hari pon tak kisah pasal tak peluh.. aku rasa kalau cuaca kat malaysia macam cuaca kat sana mmg aku pon tak kisah nk berjalan.. or berjogging kol 2 ptg.. kat sini nk jogging kol 2? jgn harap laa hehehe..

so.. percutian di london mmg membawa pelbagai kenangan.. tapi terus terang.. aku lebih selesa berada di malaysia.. itu pasal dok sana sekejap jer kot.. kalau kena dok lama2 and dah berjaya sesuai diri betul2 dgn persekitaran sana maybe aku jadik selesa gak dok sana hehehe.. but for now.. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. baik lagi di negeri sendiri :D

and for piccies.. visit http://aznirul.slide.com

p/s: lupa nk habaq.. from 7 feb to 10 feb kitorang gi disneyland paris.. most of the time spent kat disney studio and disney park jer.. hanya 1 hari jer gi tgk eiffel tower and jalan2 kejap kat bandar paris.. compare paris dgn london.. london lagi bersih.. paris byk smokers.. and puntung2 rokok bersepah kat tepi2 jalan.. tapi gi disneyland paris ni mainly for my niece.. nk bagi dia seronok jumpa character2 disney spt mickey mouse, minnie mouse, goofy, pluto, donald duck dan lain2 lah.. and kitorang yg besar2 ni amik kesempatan utk main permainan kat theme park.. takyah compare laa ngan genting.. mmg lagi best laa hehehhe..

yg menariknya.. sepanjang 4 hari 3 malam kat disney tu.. orang mmg sentiasa ramai.. penuh.. yg mmg tido hotel situ pon ramai.. yg datang harian pon ramai.. tak putus2 orang.. kalau disneyland bukak kat malaysia.. buleh dapat ker pelanggan sebegitu ramai? kalau genting pon boleh sesak.. maybe ada harapan laa kot utk disney malaysia :D

One Response to “London”

  1. Amir Suhaizi Says:

    cakap banyak tak de! mana souvenir utk ako?!?

Leave a Reply