matematik - part 1
salah satu kerja aku kat opis adalah utk sign penyata perubahan pendapatan kakitangan atau lebih dikenali dengan Kew.8.. Kew.8 ini penting kerana semua perkara yg melibatkan gaji kakitangan awam perlu ada Kew.8.. tanpa Kew.8 sebarang perubahan tidak akan sah..
so now.. di cawangan aku ni tgh rancak aktiviti sign Kew.8 nih.. di bawah jagaan unit aku jer ada dalam 2000 orang.. setiap orang perlu ada Kew.8 sendiri.. setiap Kew.8 plak perlu at least 5 salinan and sometimes 7 salinan.. so, secara kasarnya aku perlu sign 10k to 14k of helaian Kew.8..
jadi aku buat kiraan kasar jumlah masa yg aku perlu untuk sign Kew.8 nih.. pencapaian aku adalah seperti berikut:
10 minit = 30 orang = 157 helai Kew.8;
so, 1 orang = 20 saat @ 1 helai = 3.82 saat;
jadi, jumlah masa yg aku perlukan utk siap sign semua Kew.8:
minimum 10k helai = 38200 saat = 636.67 minit = 10.61 jam;
maximum 14k helai = 53480 saat = 891.33 minit = 14.86 jam;
ini bermakna, jika aku guna 2 jam sehari utk sign Kew.8, maka aku perlukan 5 - 8 hari untuk siap sign semua Kew.8 staf di bawah jagaan aku.. ini berasaskan kepada andaian bahawa tiada kesilapan dalam penyediaan Kew.8 berkenaan yang memerlukan aku untuk sign semula..
not bad..